SELAMAT DATANG KE SMK PEREMPUAN PASIR MAS
Pn. Noor Adlina Gooi bt Abdullah : Pengetua SMK Perempuan, Pasir Mas
Majlis Perasmian Program Penghayatan Disiplin
Majlis Pelancaran Program i-THINK Peringkat SMK. Perempuan, Pasir Mas
Pertandingan Kawad Kaki Kor Kadet Polis Peringkat Daerah
Pusat Sumber Sekolah
BENGKEL PEMBINAAN BLOG/ PORTAL SEKOLAH

TINTA PENGETUA

Assalamualaikum wbt…. Salam Sejahtera, Salam Transformasi, Salam Sehati Sejiwa dan Salam 1 Malaysia. Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan inayahNYA, saya diberi kesempatan untuk memberi sepatah dua kata dalam Portal Pengurusan Sekolah 2016 ini. Terlebih dahulu, ucapan setinggi-tinggi tahniah dan jutaan terima kasih saya tujukan kepada Jawatankuasa Portal Pengurusan Sekolah 2016 yang telah dengan jayanya bersama-sama menyiapkan Portal ini. Portal Pengurusan Sekolah ini penting sebagai rujukan dan garis panduan kepada guru-guru dan staf untuk melaksanakan tugas dengan lebih terarah dan berkesan. In Shaa Allah. Saya juga ingin mengucapkan selamat datang ke sesi persekolahan baru tahun 2016. Terima kasih diucapkan kepada semua warga kerja SMK Perempuan kerana telah mengerah tenaga serta berpenat lelah melaksanakan tugas yang diamanahkan untuk sesi persekolahan pada tahun 2015 yang lalu. Tahun 2016 merupakan tahun yang lebih mencabar bagi semua warga SMK Perempuan khususnya dalam menjayakan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dalam melaksanakan Program Sekolah Transformasi (PreSTasi).Marilah kita sama-sama menjayakan visi dan misi PreSTasi yang telah kita garap bersama. Bebanan di bahu akan lebih berat apabila kita sudah mengorak langkah memasuki Gelombang Ke 2 (2016 – 2020) di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Agenda utama yang ingin dilihat ialah kejayaan melaksanakan PdP Abad ke 21 di dalam kelas. Diharap guru-guru dapat melaksanakannya dalam bentuk yang paling kreatif dan berkesan sesuai dengan kepelbagaian kecerdasan pelajar. SMKP bakal melahirkan modal insan yang unggul dengan disokong oleh kepimpinan yang berkualiti, guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi serta komitmen padu daripada komuniti setempat. Sesungguhnya tidak ada yang mustahil dalam merealisasikan hasrat murni sekolah, PPD, JPN dan KPM. Saya sebagai pemimpin sekolah amat mengharapkan agar semua warga sekolah dapat sama-sama menggembleng tenaga dalam melaksanakan apa jua program dan aktiviti yang telah dirancang agar semuanya dapat dijalankan dengan jayanya. Saya juga mengharapkan agar kita dapat memupuk semangat kerjasama dan permuafakatan serta komitmen yang tinggi dalam apa jua tugasan yang diberikan agar kejayaan dan kecemerlangan akan dapat dikecapi bersama. Marilah kita bekerja sebagai satu pasukan bak kata pepatah “Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat”. In Shaa Allah kejayaan akan pasti milik kita. Akhir kata, semoga persekolahan tahun 2016 ini akan seiring dengan azam dan tekad bagi meningkatkan kualiti dan profesionalisme diri yang menuntut kepada perubahan bagi menjamin SMK Perempuan akan mencapai prestasi yang membanggakan dan akan melakarkan kejayaan yang gemilang dalam semua bidang, sama ada akademik, kokurikulum, sahsiah dan juga disiplin. Sekian, terima kasih. Noor Adlina Gooi bt Abdullah Pengetua SMK Perempuan

Monday, 24 October 2016

MAJLIS PENYAMPAIAN ZAKAT

No comments:

Post a Comment